Wednesday, May 11, 2011

MISTERI KEMAYAN CITY

KEMAYAN CITY ? 


Ya ! Biasenye, sebelum tido aku dengan akak aku, akan dengar radio dan pada malam-malam hari radio yang jadi favourite kitorang radio Ria.fm, sebab pukul 12 malam ada rancangan MISTERI JAM 12. So semalam macam selalu aku dengar lah cerita-cerita seram kat situ, tapi ape yang membuatkan aku tertarik sangat nak share cerita kat belog yang cabuk neh is about KEMAYAN CITY

Aku agak lah some dari korang da tawu story neh sebab aku rasa orang-orang yang tua or lebih makan garam pown agak tawu cerita neh.. tapi aku baru jeh tawu semalam...  

Semalam pengirim email dari Johor Bahru menceritakan.........................................................................


Dia bertugas di sebuah agensi yang ditugaskan untuk check nyamuk aedes, dan nak dijadikan cerita satu hari die ditugaskan untuk check nyamuk aedes kat bangunan yang dipanggil KEMAYAN CITY. Dan agak memeranjatkan die disuruh ke sana seorang diri sahaja untuk menjalankan tugas tu. Menurut dia, apabila dia melangkah masuk ke banggunan tu serta-merta bulu roma dia meremeng even time die masuk tuh waktu tengahari, bayangkan lah wahai readers semua. Mungkin pada luaran bangunan kita nampak biase tapi bila kita rasai sendiri perasaan tu Allah je tawu. Apabila die masuk untuk check takungan air yang ada dan nyamuk aedes, tiba-tiba die dapat rasa atas tangga disebelahnya di bahagian atas sekali dia ternampak satu lembaga sedang mencangkung !!! Dan lebih menakutkan lembaga tu pye rambut panjang sangat !! Pada saat die teringat pesanan arwah bapak dia, kalau lah berdepan dengan situasi neh baca lah beberapa ayat Al-Quran*surah ape tak dinyatakan yaa* sambil tu dia beristighfar sambil tutup mata, apabila dia buka je mata dia pandang atas balik lembaga tu da tak ada da. Dengan bekalkan semangat dan rasa tanggungjawab, dia teruskan jugak tugas. Masa di berjalan  YA ALLAH!! Dia nampak seorang perempuan ada kat dinding sebelah dan yang memeranjatkan muka perempuan tu seolah seperti melekat kat dinding ! Masyaallah ! Mengucap ! Hampir-hampir nak kene histeria sebab da tak dapat kawal sangat perasaan takut ! Seram sejuk ! Dia pown cari jalan keluar sebab da tak bole tahan takut sangat tapi seolah-olah mata dia telah digelapkan die tak nampak jalan keluar ! Readers kalau korang ape korang buat ? Allah jelah tawu !

Dia pusing-pusing tapi tak jumpe-jumpe tapi rasa macam makin dalam die masuk, istighfar kat mulut tak henti-henti, akhirnya dengan pertolongan Allah die jumpe jalan keluar ! Apalagi lepas tu bila dia ditugaskan ke situ lagi dia minta dengan bos dia supaya 2 ataupown 3 orang temankan dia...... begitu lah kisah dia...

Ada juga cerita  menurut sumber lain yang aku sendiri dengar dulu ada satu family Singapore ni penah datang Johor Bahru nak shopping, dan bila dia lalu kat depan KEMAYAN CITY ni pada pandangan diorang seolah-olah KEMAYAN CITY penuh dengan orang sedang membeli-belah, sedangkan tak ! So, bila diorang tengok camtuh diorang cepat-cepat cari parking park. Bila diorang da shopping segala macam barang tadi, diorang pown balik semasa dalam perjalanan balik mereka toleh ke belakang dan apa yang memeranjatkan bangunan tu kosong dan lebih mengerikan bangunan tuh seolah terbengkalai !!! Diorang check balik barang yang diorang beli tadi semuanya daun  termasuk duit baki yang mereka dapat semasa shopping !!! 

Bila aku tanya kat bapak aku tentang cerita neh bapak aku sendiri sahkan dan dia juga cerita tentang family Singapore tuh kat aku ! Allah je tawu apa yang berlaku disebalik segala ciptaanNya, tapi sampai sekarang aku masih terfikir kisah neh. 

Aku sempat juga tanye dengan bapak bangunan tuh sebenarnya bangunan ape then bapak cakap bangunan tu dulu nak buat shopping complex but ada sebab ape entah bangunan tu terbengkalai sampai lah sekarang ! dalam tahun 90an dulu bangunan tuh start terbengkalai dan juga aku dengar sebab kemerosotan ekonomi projek membina bangunan tu tak dapat diteruskan da, kalau nak tawu KEMAYAN CITY neh terletak kat Skudai, Johor.

Kat sini ada bape gambar KEMAYAN CITY yang aku dapat search kat google :)



agak menakutkan ! 

Ingat ! ni sekadar hiburan dan cerita hanya ALLAH yang Maha Mengetahui :)